Asas Website


Bab 2: Asas website

Sebelum kita terus belajar membina website, perlulah kita belajar asas website itu sendiri. Banyak perkataan, perkataan yang sering digunakan untuk anda mengetahuinya terlebih dahulu.

Contohya, website, URL, link, internet, web prowser, email, webhosting, domain, adress, broadband, wifi, dan macam-macam lagi lah. Jadi dibawah ini saya cuba terangkan seberapa yang boleh untuk memudahkan anda meneruskan pelajar membina website.

Jika seseorang ingin membina website, dia memerlukan komputer dan perisian tertentu. Dulu saya mula-mula buat website menggunakan MS Word, tetapi sekarang dah ada macam-macam perisian seperti NVU, Composer, Joomla, WordPress, Dreamweaver, dan macam-macam lagi. Perisian ini anda perlu download terlebih dahulu kedalam komputer anda. (Didalam website ini saya akan berkongsi dengan anda cara membuat website hanya menggunakan NVU).


Bila anda sudah ada perisian tersebut, barulah anda boleh membuat kerja melakar, melukis, menaip file anda sendiri. Bila anda dah siap file tersebut, ia masih belum menjadi website lagi kerana, file tersebut hanya duduk dalam komputer anda. Ini seperti anda ingin membuka restoran tadi. Anda sudah siapkan design restoran anda, anda sudah beli meja, bangku, peralatan memasak, tapi baru anda sedar yang anda belum ada tapak kedai lagi. Apa lagi, pergilah cari kedai untuk disewa, survey punya survey, akhirnya anda sudah berjaya jumpa satu kedai yang amat strategi untuk di sewa, sewanya murah, tempat pun baik dan anda pun sewalah kedai tersebut. Persiapan awal anda untuk membuka restoran tadi adalah seperti anda membina file website didalam komputer anda. Tapak kedai yang anda sewa adalah webhosting. Tuan punya kedai tersebut adalah webhosting company. Sewa bulanan/tahunan yang anda bayar kepada taukeh kedai tersebut adalah sewa bulanan/tahunan yang anda perlu kena bayar kepada webhosting company.

Setelah anda membayar sewa tersebut, apa yang anda perolehi? Sebuah kedai kosong yang perlu anda design dan isikan dengan barang-barang. Seperti itu jugalah, jika anda sewa tapak hosting, anda akan dapat tapak kosong yang tiada apa-apa didalamnya, anda perlu design sendiri, reka sendiri, bentukkan sendiri website anda menggunakan NVU

Kedai yang anda sewa perlu ada nama dah daftarkan di majlis bandaran. Maka hosting anda perlu diberi nama dan didaftarkan. "Restoran Sentiasa Maju" contoh nama restoran anda, http://toneexcelbiz-info.blogspot.com nama salah sebuah kedai saya, http://autopilotbisnes.blogspot.com/ nama kedai yang anda lihat sekarang. Nama-nama kedai anda itu dinamakan DOMAIN.


Bila anda sudah siap barang persiapan di rumah untuk dibawa ke restoran, anda perlukan kenderaan untuk memindahkannya, seperti lori dan kereta. Seperti file tersebut, kalau anda dah siap design maka anda perlu kenderaan penghantar file tersebut ke tapak hosting anda, dan lori kita kali ini saya gunakan FILE ZILLA. Maka FILEZILLA anda software yang saya gunakan untuk menghantar file dari komputer ke tapak hosting yang telah saya sewa tadi.

Apabila anda sudah memiliki tapak kedai tadi, mestilah kedai tersebut ada alamat tertentu, siap dengan poskod sekali. Seperti itulah, website anda perlu ada alamatnya yang tersendiri, tak boleh silap sikit, pasti tak boleh buka, macam orang salah alamat, nak pergi menghantar pengantin di Ayer Hitam, P.Pinang, tetapi terpergi Air Hitam, Johor, agak-agak pengantin tu jadi kawin tak... he he.

Alamat website anda itulah yang dipanggil URL, atau Address atau Link.

Untuk pindahkan barangan2 tersebut lori perlukan jalan, kalau tak ada jalan, macamana nak bergerak, jadi FilleZilla, perlukan line internet, tak kiralah anda nak gunakan broadband maxis ke, celcom ke, streamyx ke, P1 ke, asalkan ada line internet, FileZilla boleh berfungsi, kalau tidak, tak boleh.

Setelah file yang anda design tadi berjaya diletakkan pada tapak hosting, maka file itulah yang dipanggil WEBSITE. Barulah ianya boleh dilihat didalam internet. Cantik anda buat, cantiklah website anda, buruk anda buat, buruklah website anda.

Dalam website bagaimana untuk melihat website anda? Anda perlukan WEB BROWSER (alat pembuka website) seperti GoogleChrome, InternetExplorer atau Mozilla FireFox.


Ini pun ramai orang tersalah faham dan tersilap untuk membezakan google, yahoo. Itu bukan web browser, Google, Yahoo, Bing, itu semua adalah SEARCH ENGINE (enjin pencari) kalau dulu-dulu kita panggil yellow pages.


Contoh diatas saya buka web browser Mozilla FireFox dan saya buka website google.com

Yang A itu tepat kita masukkan URL/ADRESS/LINK, bukannya di B.

B itu tempat kita untuk mencari website tertentu yang disenaraikan dalam google atau yahoo atau Bing. Itu untuk mencari, bukan untuk membuka website.

Email pula adalah alat perhubungan. Dulu contohnya macam surat menyurat, sekarang pakai email. Jadi semua orang perlu ada email dan saya galakkan kita gunakan email gmail. Banyak kelebihannya berbanding yang lain.

PayPal: Jika kita mula berjinak-jinak dengan internet, kita akan sering mendengar perkataan PayPal. Apa tu paypal?

Paypal adalah sejenis akaun bank kita dialam maya, yang akan berfungsi seperti mana debit card yang kita miliki sekarang. Kena ada duit dalam PayPal baru kita boleh berbelanja. 


Penerangan mengenai PayPal ini akan kita bincangkan kemudian didalam satu bab khas untuk PayPal sahaja.

Stop disini dulu, kalau ada keperluan, saya akan terangkan perkara lain pula.

Belajar percuma buat blog : KLIK DISINI