Kelebihan tahu membina website sendiri

Kembali ke Menu Utama 

Kelebihan tahu membina website sendiri



Pertama:
Anda tidak perlu mengupah orang lain lagi untuk membina website, kerana seperti yang anda tahu upah membina webiste agak mahal.

Kedua:
Anda boleh memiliki kedai anda sendiri tanpa kos yang besar. Ini bermakna anda boleh memulakan perniagaan anda sendiri. Anda sedia maklum kalau diluar sana, jika anda ingin membuka sebuah restoran, berapa kos yang anda perlukan? RM10,000 belum tentu cukup. Tak payah cerita restoran, cuba kita buka kedai jual burger ditepi jalan, agak2 berapa kos? Campur kos gerai, kos bahan mentah memulakan perniagaan, kos lesen dengan majlis bandaran dan macam2 lagi kos yang lain.

Ketiga:
Mengelakkan anda ditipu. Macam-macam kes saya dengar orang kena tipu buat website, sudahlah bayar mahal, tapi website tak siap-siap sampai hari ini.

Keempat:
Anda dapat menyalurkan maklumat kepada pelanggan lebih pantas dari orang lain. Apa tidaknya, jika anda rajin update website anda, rajin masukkan maklumat terkini, rajin masukkan produk-produk baru, bukankan anda melebihi dari pesaing2 anda yang lain.

Kelima:
Anda boleh mengumpulkan maklumat pelanggan, walaupun mereka tak jadi membeli atau melanggan perniagaan anda. Dengan maklumat pelanggan yang anda kumpulkan, maka mudah untuk anda war-warkan sekiranya anda mempunyai produk baru yang lain. Ini akan menyebabkan anda boleh menjual berkali-kali pada pelanggan yang sama.

Keenam:
Anda boleh buka kelas mengajar membina website, dapat juga duit sampingan. Ianya mudah, anda boleh buat kelas tersebut pada hujung minggu, buat di rumah anda sendiri, asalkan ada wifi, kan ianya merupakan satu peluang perniagaan lagi. Kalau ramai pelajar yang datang, kan anda boleh menawarkan bisnes-bisnes sampingan yang lain, dalam masa yang sama network anda juga akan berkembang.

Ketujuh:
Anda boleh buat beberapa bisnes yang lain dalam satu masa, sebab website tidak perlu jagaan yang banyak seperti bisnes fizikal diluar sana. Maksudnya anda boleh memiliki berapa banyak kedai sekali pun dalam satu masa, banyak kedai, banyak untung, tiada kedai, tiada untung. Buat website jual beli properti, dalam masa yang sama buat website insuran lah katakan, dan buat bisnes affiliate yang lain, kan banyak sumber tu.

Kelapan:
Ini merupakan satu ilmu yang sangat berfaedah untuk diwariskan kepada ahli keluarga kita. Kita menggalakkan anak-anak untuk berniaga diperingkat awal. Kerana keuntungan yang besar datang dari dunia perniagaan. Anda sendiri tahu berapakah kos untuk menghantar anak-anak ke universiti hanya untuk belajar membina website. Kalau tak pasti, cuba call mana2 universiti dan tanya kosnya. Silap2 terpaksa ambil PTPTN, tapi jika anda sendiri boleh mengajarnya, kan dah jimat kos tu.

Kesembilan:
Boleh ambil upah buat website pada orang yang malas nak buat website sendiri. Banyak taukeh2 besar yang nak buat website tapi tak tahu macamana nak buat.

Kesepulah:
Jika anda tahu membina web sendiri, dan website anda telah mengeluarkan hasil, kan ia boleh bantu kita dari segi kewangan, ada jugak hasil mengadap komputer, ada juga duit tersebut bantu serba sedikit untuk bayar hutang itu dan ini. Ini, asyik main game, chatting dalam facebook, sembang yang bukan2, mana nak dapat hasil apa-apa

Kesebelas:

Sekiranya anda boleh membuat blog atau website,anda berkemungkinan besar mendahului orang lain dalam proses menyampaikan maklumat dan idea sendiri kepada para pelanggan. Anda lah akan jadi leader yang hebat kerana jika anda mempunyai maklumat terkini, ianya dapat disebarkan didalam website anda lebih dahulu daripada orang lain. Maka anda merupakan orang pertama dapat menyambar apa jua peluang yang ada.

Kembali ke Menu Utama